PENGENALAN
ABM ZULAIKHA SDN BHD adalah sebuah Syarikat pembuatan dan pengeluaran Songkok yang terulung di Malaysia. Syarikat milik Bumiputra ini di tubuhkan pada tahun 1947. Sebelum ini dikenali sebagai Hj Aboobacker Marican & Anak-anak. Kemajuan perniagaan dan saiz stok perniagaan yang semakin berkembang telah menukar status syarikat yang pada asalnya dianggotai oleh ahli kelurga ini kepada sebuah syarikat sendirian berhad. Bisnes utama Syarikat ini adalah pengeluaran produk Songkok bagi mengisi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia. Kini produk Jenama ABM sudah pun menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia. ABM ZULAIKHA SDN BHD diurus oleh sekumpulan usahawan yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang pembuatan Songkok.
FAKTOR-FAKTOR KEUNIKAN PERNIAGAAN YANG DIPILIH:
Antara faktor-faktor keunikan perniagaan yang dipilih ialah dari segi jenama, kualiti, reka bentuk, faktor pembungkusan dan salah satu produk dimana tidak lapuk ditelan zaman. Dari segi jenama kita dapat lihat bahawa jenama Songkok ABM ZULAIKHA ini sudah lama berada di pasaran. Jenama ini juga telah menembusi beberapa buah Negara lain seperti Brunei dan Indonesia. Jenama yang digunakan adalah senang disebut dan pengguna atau pembeli dapat mengenali ABM&Z. Jenama Songkok ABM ZULAIKHA ini bermaksud ABOO BACKER MARICAN & ZULAIKHA dan merupakan pengasas kepada produk ini. Mereka mengabungkan kedua-dua nama menjadi ABM ZULAIKHA supaya lebih senang disebut dan diingati sepanjang zaman. .
Faktor yang kedua ialah Kualiti yang ada pada Songkok ini. Kualiti yang dapat kita lihat ialah dari segi velvet atau dalam bahasa melayunya baldu. Baldu yang digunakan adalah yang asli dan bermutu tinggi. Terdapat tiga jenis Songkok yang ada seperti ABM1000, ABM2000 dan NAB54. Apa yang membezakan Songkok ini adalah dari segi Baldu atau Velvet yang digunakan. Baldu NAB54 adalah baldu yang biasa terdapat di pasaran tetapi walaupun baldunya biasa ianya tetap berkualiti tinggi. Untuk Baldu yang kedua ialah ABM2000, kualiti Baldu jenis ini mempunyai ketahanan terhadap kelasakan, panas dan kalis air. Songkok ABM2000 ini juga boleh dibasuh kerana ianya kalis air dan baldunya lebih bermutu. Baldu yang terakhir dan terbaik di antara Baldu yang ada ialah ABM1000. Baldu ini diperbuat daripada benang bermutu tinggi. Baldu ni juga lebih lembut, halus, bersifat manja dan kelihatan menawan serta berseri.
Faktor yang ketiga ialah reka bentuk yang terdapat pada Songkok ABM ZULAIKHA. Di pasaran kita dapat lihat bahawa banyak perbezaan dari segi reka bentuk ada yang berbentuk rata dan bergunung. Reka bentuk yang digunakan oleh produk ini ialah yang bergunung. Apa yang dimaksudkan dengan bergunung ialah kepala atas melengkung tinggi lebih kurang seinci. Terdapat kreativti yang tinggi dan lebih eklusif pada reka bentuk produk ini. Reka bentuk ini adalah daripada hasil titik peluh pengasas ABMZ ini iaitu HAJI ABOO BACKER MARICAN. Di dalam badan Songkok ini terdapat reka bentuk berbunga dan zig zag. Reka bentuk memainkan peranan penting di dalam keselesaan pengguna.
Faktor yang seterusnya ialah cara pembungkusan. Cara pembungkusan merupakan salah satu promosi yang dapat dilakukan sebagai penarik kepada produk supaya pengguna ingin membeli dan mencuba produk ini. Dengan menggunakan pembungkusan secara meletakan Songkok ke dalam kotak boleh memberikan banyak faedah kepada pengguna. Dengan menggunakan kotak kita dapat mengelakkan daripada Songkok rosak dan kualiti produk lebih terjamin. Dengan adanya kotak ianya dapat mengelakkan daripada habuk masuk ke dalam dan melekat pada Songkok. Pembungkusan yang baik dapat meningkatkan lagi pembelian pengguna terhadap produk ini serta mencapai keuntungan yang masimum.
Faktor yang terakhir ialah lebel. Label merupakan sebahagian daripada maklumat terhadap produk. Dengan adanya lebel ini kita dapat mencari maklumat dengan lebih senang. Untuk pengguna juga apabila melihat label ini mereka akan tahu dari segi saiz, ketinggian dan baldu jenis apa yang ditawarkan. Di dalam label ini juga disertakan dengan harga dan logo. Harga juga memainkan peranan penting kepada kita supaya kita tidak mudah tertipu oleh orang lain. Terdapat juga kata kunci atau moto sesuatu barang, contohnya halus, menawan dan berseri dan tahan lasak dan panas serta kalis air. Ini menunjukan bahawa produk ini mempunyai keunikan tersendiri.
SAKSIKAN VIDEO ABMZULAIKHA
SIAPAKAH SASARAN PELANGGAN PERNIAGAAN TERSEBUT?
Songkok merupakan salah satu pakaian tradisional orang melayu lelaki yang beragama Islam bagi menutup kepala mereka khususnya.Ianya bukan sahaja dipakai oleh orang melayu di Malaysia,malah turut dipakai oleh orang melayu di Indonesia,Brunei,Singapura,Filipina dan sebahagian penduduk minoriti melayu di selatan Thailand. Sasaran pelanggan perniagaan ABM ZULAIKHA ini adalah orang melayu yang beragama Islam tetapi mereka juga mensasarkan kepada kaum- kaum yang lain. Sasaran mereka juga kepada semua golongan bawahan, pertengahan dan atasan. Perdana Menteri kita telah mensarankan agar penduduk Malaysia daripada pelbagai kaum dan bangsa mengamalkan sikap 1Malaysia. Dengan adanya pendedahan seperti ini telah membantu ABMZ memajukan perniagan mereka kerana Songkok boleh dipakai oleh pelbagai bangsa. Sebagai contoh apabila tibanya hari Raya Aidil Fitri bangsa Cina dan India juga membeli Songkok dan pakaian tradisional melayu seperti Baju Melayu dan Sampin. ABMZ juga mensasarkan kepada golongan vip dan vvip seperti jabatan perdana menteri, tentera, polis dan bomba. Apa yang dapat kita lihat ialah mereka lebih mensasarkan penjualan kepada pengguna dan peniaga. Mereka juga sentiasa cuba memahami kehendak dan keperluan pengguna.
HARGA
KOSMO
Songkok baldu Zulaikha

SEBAHAGIAN daripada songkok berkualiti yang dijual oleh syarikat ABM Zulaikha.
UMPAMA gula tanpa manisnya, bagaikan bunga tanpa serinya. Begitulah perumpamaan bagi golongan lelaki yang memakai baju Melayu tanpa songkok.
Sejak zaman dahulu, songkok melengkapkan penampilan mereka yang berbaju Melayu.
Namun pada hari ini, songkok seolah-olah sudah hilang taringnya. Hari ini, songkok hanya dipakai ketika menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau menghadiri solat sunat pada pagi raya.
Selain daripada waktu tersebut, kebanyakan lelaki Melayu lebih selesa memakai seluar jean dan baju-T kerana berpendapat ia lebih selesa dan bersesuaian di kebanyakan tempat.
Jika budaya ini berterusan, apakah yang berlaku dengan kegemilangan songkok sebagai salah satu identiti masyarakat Melayu suatu ketika dulu?
Songkok yang dahulunya berperanan sebagai penutup kepala dan sebahagian daripada aksesori pakaian lelaki Melayu kini kian pudar.
Namun, kepada anak jati Pulau Mutiara, Shahul Hameed Malim Abu Bakar,55, dan ahli keluarganya berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan pemakaian songkok.
Bersama seorang adiknya, Gulam Kader Malim, 48, mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan keluarga yang dimulakan oleh bapa mereka, Abu Bakar Merican.
Perniagaan yang bertapak sejak 1947 di sebuah kedai di Lebuh Pantai, Pulau Pinang itu menggunakan nama syarikat GN Abu Bakar Merican dan Anak-Anak.
“Selain membuat songkok, arwah ayah juga terlibat dalam perniagaan menjual baldu dan benang emas yang diimport.
“Pada masa itu, syarikatnya merupakan antara yang terkenal di negara ini dalam perniagaan kain baldu,” jelasnya.
Menurut Shahul Hameed Malim, selepas kematian bapanya, dia mengambil alih perniagaan tersebut dan menukar nama syarikat keluarganya kepada ABM Zulaikha Sdn. Bhd. (ABM Zulaikha).
Syarikatnya yang memfokuskan pembuatan songkok mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

SHAHUL HAMEED MALIM (kanan) dan Gulam Kader melihat songkok yang siap untuk dihantar kepada pelanggan.
ABM Zulaikha kemudiannya terpaksa berpindah ke kilang baru yang lebih besar di Mak Mandin, Butterworth bagi menambah kapasiti pengeluaran.
Dibantu oleh sepuluh orang pekerja termasuk seorang anak dan menantunya, syarikat tersebut mampu mengeluarkan kira-kira 500,000 songkok pelbagai jenis dalam setahun.
Antaranya termasuklah potongan gunung, sultan, rata, tajam dan jenis lipat dengan pelbagai pilihan ketinggian songkok di antara sembilan sentimeter (sm) hingga 15.5 sm.
“Disebabkan jumlah pekerja yang terhad, kami memberi kontrak menjahit songkok kepada sepuluh buah keluarga yang telah menerima latihan di tempat kami bagi menampung permintaan pelanggan.
“Walaupun sebahagian daripada songkok keluaran syarikat kami yang dijahit oleh individu lain, tetapi kami tetap memantau kualitinya,” katanya yang memberitahu ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga terbabit.
Tambah Shahul Hameed Malim, songkok yang dihasilkan oleh syarikatnya menggunakan kain baldu yang diimport dari England, Korea Selatan dan Syria dengan gred yang berbeza-beza.
Kini songkok jenama ABM Zulaikha yang dijual pada harga di antara RM20 hingga RM150 telah menembusi pasaran di luar negara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia selain pasaran di Sabah dan Sarawak.

SHAHUL HAMEED MALIM dan Gulam Kader melihat kain baldu yang diimport dari England untuk dijadikan songkok.
Syarikatnya turut membuat pelbagai jenis songkok mengikut kehendak pelanggan termasuklah yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Justeru tidak hairanlah syarikat itu pernah menerima Anugerah Usahawan Berjaya daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yapeim (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia).
Sementara itu, pada setiap musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, pembuat songkok terkenal di negeri yang sama, Haja Mohideen Mohd. Shariff, 62, bekerja keras untuk menyiapkan ratusan songkok yang ditempah oleh para pelanggannya.
Beliau yang mempunyai pengalaman selama lima dekad dalam bidang buatan songkok dibantu oleh menantunya untuk menyiapkan tempahan yang diterima daripada pelanggan-pelanggannya dari Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Singapura.
Menurut Haja Mohideen, pada bulan Ramadan lalu, kedainya dibuka dari pukul 11 pagi hingga 1 pagi untuk menyiapkan tempahan.
SINAR
ADUN TITI SERONG DAN SINAR HARIAN RAIKAN ANAK-ANAK YATIM
4 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PARIT BUNTAR : Prihatin dengan nasib dan kebajikan anak-anak yatim, Sinar Harian dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah telah menganjurkan majlis meraikan anak-anak yatim sekitar Parit Buntar Sabtu lalu, di Parit Buntar Inn, disini.
Seramai 20 anak-anak yatim sekitar kawasan itu diraikan di dalam satu majlis ringkas yang dirasmikan oleh YB ADUN yang turut menyampaikan sumbangan.
Khalil yang berkongsi pengalaman menjadi anak yatim sejak berusia 10 tahun turut memuji langkah Sinar Harian, malah keprihatinan Sinar Harian itu sangat menceriakan anak-anak yatim pada hari tersebut.
"Majlisnya ringkas tetapi bernilai besar disisi Allah swt. kerana kita meraikan anak-anak yatim yang sangat memerlukan.."
Apa yang dianjurkan oleh Sinar Harian wajar dipuji kerana ia mampu menarik minat masyarakat, berjaya memberi kesamarataan dalam setiap berita dan program tanpa melupakan golongan yang memerlukan, " katanya.
Penang Cop Bikers turut hadir meraikan dan memeriahkan majlis.
Ø
produk yang dikeluarkan adalah SONGKOK, BAJU MELAYU, SAMPIN dan pelbagai barangan lelaki muslimin.. kami juga menerima tempahan daripada jabatan kerajaan seperti POLIS, ASKAR dan pelbagai lgi. sekiranya ingin menjadi wakil jualan produk ABMZULAIKHA ini ataupun membeli untuk diri sendiri boleh hubungi saya di talian 013-4433782 / 017-4525046. Boleh juga ADD saya DI FACEBOOK MUHAMMAD ZULASYRAF..